suria

Aswara Rangkul Lima Anugerah

Asmar Hassan. - Foto THE STAR Oleh G.C.TAN
Asmar Hassan. - Foto THE STAR Oleh G.C.TAN
Asmar Hassan. - Foto THE STAR Oleh G.C.TAN

SINTOK: Pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) berjaya memenangi Anugerah Filem/Video Terbaik Keseluruhan menerusi filem pendek berjudul Getir pada Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia (FFVPM) di Universiti Utara Malaysia, Sabtu.

Getir turut merangkul empat anugerah lain iaitu Penataan Bunyi Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penyunting Terbaik dan Filem/Video Terbaik.

ASWARA sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM4,000.

Menurut pengarahnya, Asmar Hassan, 54, dia tidak sangka filem pendek yang pada asalnya dihasilkan untuk projeknya di ASWARA mampu membuahkan kemenangan.

"Pada mulanya, kami hasilkan Getir untuk projek kami bagi subjek pengarahan di Fakulti Filem dan kemenangan ini adalah di luar jangkaan.

"Mungkin kerana semangat dan kesungguhan, segala kepakaran yang ada pada kumpulan produksi, kami keluarkan.

"Saya harap, dengan kemenangan yang diperoleh, saya harap mana-mana pihak dapat membantu kami dari segi kewangan untuk menghasilkan produk yang lebih bagus lagi daripada Getir," tuturnya.

Saingan terdekat ASWARA, iaitu Universiti Institut Teknologi Mara merangkul sebanyak empat anugerah bagi kategori Pengarah Terbaik dan Penataan Seni Terbaik bagi Rona Maya, Kostum Terbaik (Jika Aku Seorang Robot), Filem/Video Dokumentari (Melatah The Documentary).

Selain itu, Universiti Aimst berjaya memperoleh sebanyak dua anugerah iaitu Grafik Terbaik dan Filem/Video Klip Terbaik bagi I Want To Be A Dentist.

Universiti Putra Malaysia (UPM) turut membawa pulang trofi Filem/Video Pengumuman Khidmat Awam Terbaik (Plan Your Love) dan Anugerah Khas Juri (Harmony Street).

Sementara itu Universiti Sains Malaysia (USM), Institut Intergratif Media Malaysia (MIIm), Segi College, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) masing-masing membawa pulang sebuah anugerah.

FFVPM tersebut dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan ia disertai oleh pelajar-pelajar bidang perfileman dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh negara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain