suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Astro Warna Hidang Program Terbaru

KUALA LUMPUR: Berita baik bagi pelanggan Astro Warna dalam pakej Mustika kerana saluran itu menyediakan empat program baru pada Februari dan Mac ini.

Program-program tersebut adalah Zizan Show, Kalau Aku Bukan Artis, Darling dan Iparku Diva.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani, saluran tersebut akan memperkenalkan dua hingga tiga produk baru pada setiap bulan.

"Kami akan mengeluarkan banyak lagi program baru di Astro Warna termasuk Maharaja Lawak yang akan diberitahu dalam satu sidang media lain serta Anda Ada 60 Saat musim kedua.

"Kami juga akan menghasilkan drama dan program komedi secara seimbang," katanya ketika sidang media dan pelancaran program baru Astro Warna di Restoran D'Saji Felda, Jalan Semarak, di sini, Rabu.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah pelakon Rozita Che Wan, Norman Hakim, Balkisyh Semundur Khan, Datuk Baharudin Omar (Anjang Aki), Ifa Raziah, Kuna, Azlee Khairi dan Syed Ali.

Kalau Aku Bukan Artis bakal bersiaran pada setiap Selasa, pukul 9.30 malam bermula 22 Februari ini diikuti Zizan Show (22 Februari), Darling (1 Mac) dan Iparku Diva (9 Mac).

Artikel Sebelum

Artikel Lain