suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hafsham Cari Pelakon Iras Sudirman

Hafsham
Hafsham
Hafsham

KUALA LUMPUR: Pengarah filem veteran Othman Hafsham, 71, sedang mencari seorang pelakon lelaki yang mempunyai ciri-ciri seiras penghibur versatil Sudirman Haji Arshad bagi projek teater muzikalnya tidak lama lagi.

Ujar Hafsham cabaran yang sedang dihadapinya adalah untuk mencari pelakon lelaki yang paling sesuai membawakan watak Sudirman dalam persembahan yang akan diadakan di Istana Budaya itu.

"Saya merancang untuk mementaskan sebuah muzikal tentang kisah hidup Sudirman tidak lama lagi tetapi masalahnya saya masih lagi mencari pelakon lelaki yang paling sesuai untuk watak penyanyi itu.

"Ada beberapa nama pelakon yang iras-iras Sudirman bermain di fikiran tetapi ciri-ciri fizikal mereka pula tidak bertepatan dengan apa yang saya cari," katanya yang ditemui pada majlis pra-tonton dokumentari biografi Sudirman Arshad di Smoke & Fire Club, The Gardens, di sini, Khamis.

Mengulas ringkas mengenai muzikal tersebut, Hafsham berkata, ia masih berada pada peringkat awal dan terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sebelum pengumuman rasmi tentangnya dihebahkan.

"Semuanya masih terlalu awal. Skrip pun belum siap lagi cuma apa yang akan saya paparkan adalah tentang kronologi hidup Sudirman dari awal hingga bergelar seorang penghibur yang berjaya," katanya yang bakal muncul dengan filem Karipap-Karipap Cinta, tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain