suria

Brad Pitt Mahu Watak Spiderman

AKTOR Brad Pitt mengakui ingin memegang watak Spiderman memandangkan watak superhero itu sangat dikagumi oleh anak-anaknya.

Justeru itu, aktor tampan itu mahu memenuhi impian anak-anaknya. Hal tersebut diberitahu Pitt ketika menghadiri tanyangan filem Megamind.

Katanya, Spiderman merupakan superhero dan idolanya serta anak-anaknya.

“Anak-anak saya merasakan Spiderman merupakan tokoh yang paling hebat ketika ini. Jika ditanya watak apa yang saya mahukan sudah tentulah Spiderman,” ujarnya.

Bagaimanapun, hasrat Pitt tidak kesampaian kerana pengarah filem tersebut sudah mempunyai pilihan sendiri bagi mengantikan Tobey Maguire. Mereka memilih pelakon Andrew Garfield bagi memegang watak tersebut.

Artikel Berikut

Artikel Lain