suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Justin Bieber Mengaku Pernah Dibuli

DI sebalik ramai peminat yang tergila-gilakan penyanyi remaja Justin Bieber (gambar), ada yang tidak tahu bahawa Bieber sebenarnya tidak menyukai dirinya sendiri.

Bieber mengaku pernah menjadi mangsa buli ketika berada di Vancouver, Kanada. Pada waktu itu, dia terlibat perang mulut dengan orang yang membulinya itu.

Menurut USmagazine, Khamis, penyanyi lagu Baby itu berkongsi kisah hidupnya semasa mengadakan persembahan dalam The Ellen DeGeneres Show.

Bieber menceritakan tentang perjuangannya sehingga dia boleh terkenal seperti sekarang.

"Semua orang pasti pernah mengalami kes buli, termasuk diri saya," kata penyanyi berusia 16 tahun itu.

Penyanyi yang pernah berduet dengan Usher itu sedar, ramai orang yang benci kepadanya. Namun dia dapat menerima kenyataan tersebut.

Artikel Berikut

Artikel Lain