Ariel Sihat di Penjara Bandung - Hiburan | mStar

Ariel Sihat di Penjara Bandung

BANDUNG: Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel yang ditahan atas kesalahan video lucahnya kelihatan lebih sihat dan bertenaga semenjak ditukarkan ke penjara Rutan Kebon Waru, Bandung.

Menurut produser Peterpan, Capung, keadaan penyanyi itu semakin baik terutama apabila ramai yang melawat dan memberi sokongan kepadanya.

"Kelmarin ketika melawat Ariel dia kelihatan sihat dan segar. Dia seperti sudah bersedia untuk diadili, ramai yang mengunjungi dia termasuk keluarga dan peminannya.

Biarpun belum diputuskan bila ia akan dibicarakan, namun menurut Capung Ariel sudah bersedia. Tambahnya ketika melawat Ariel dia banyak berbincang tentang projek Peterpan untuk jangka panjang.

"Dia juga belum tahu bila akan dibicarakan tetapi dia seperti sudah bersedia. Kami tidak berbicarakan banyak soal dia tetapi berbincang tentang projek Peterpan yang mendatang ini," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Diana Tidak Mahu Kelihatan Gemuk -Norsiah

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Ustazah Nur Farhana agak lemah - Adik