suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anang & Syahrini Semakin Akrab

PASANGAN duet Anang (gambar) dan Syahrini (gambar) menerusi lagu Jangan Memilih Aku semakin akrab meski Anang akan menerbitkan album duet bersama anaknya sendiri, Aurelle dalam waktu terdekat ini.

Malah saat ditemui, kedua-duanya tidak berhenti saling memuji antara satu sama lain.

Pada November ini, Syahrini akan tampil dengan album solo manakala Anang menerbitkan lagu duet bersama-sama Aurelle.

Menurut detikhot, Syahrini berharap karier solo nanti mampu berjalan dengan baik dan dia tidak khuatir sekiranya lagunya tidak popular selepas ini.

"Abang Anang kan ada. Jadi kalau lagu saya tidak popular, saya akan berjumpa dengan Abang Anang sahaja.

"Saya masih setahun jagung dalam bidang nyanyian. Jadi saya akan memanfaatkan kesempatan ini kerana Abang Anang banyak pengalaman dan albumnya sudah dipasarkan di mana-mana," katanya sambil tertawa dan melirik kepada Anang.

Di mata Anang, pasangan duetnya itu sudah layak untuk menerbit album solo. Dia berharap karya terbarunya dan Syahrini dapat diterima dengan baik.

Artikel Sebelum

Shiqin Sedia Tempuhi Cabaran

Artikel Berikut

Artikel Lain