suria

Lebih 1,000 Hadiri Konsert Cornetto

Lebih 1000 peminat membanjiri Konsert Cornetto FOTO The Star Oleh M. AZHAR ARIF
 Lebih 1000 peminat membanjiri Konsert Cornetto FOTO The Star Oleh M. AZHAR ARIF
Lebih 1000 peminat membanjiri Konsert Cornetto FOTO The Star Oleh M. AZHAR ARIF

KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 peminat selebriti Wall's Cornetto membanjiri Bukit Bintang Plaza, Sabtu malam untuk menyaksikan Konsert Cornetto's Take A Chance, Show Your Love.

Mereka berkumpul untuk merayakan semangat cinta dan persahabatan menerusi muzik.

Konsert tersebut adalah acara akhir kempen Cornetto's Take A Chance, Show Your Love yang dilancarkan pada Februari lalu.

Artis-artis yang menjayakan persembahan konsert tersebut terdiri daripada Dafi, Mila, Akim, Aizat, Shila dan Bunkface.

Akim membuka tirai persembahan dengan lagu tema kempen, Inilah Cinta.

Lagu itu ditulis dan digubah sendiri oleh Akim yang mendapat ilham daripada muzik sebagai ekspresi cinta dan persahabatan.

"Konsert ini pastinya akan menjadi pembuka jalan banyak persahabatan dan peluang baru.

"Saya percaya kita mesti berani mengambil peluang dan memperlihatkan perasaan kita kepada orang yang kita sayangi kerana kita tidak tahu hasilnya hinggalah kita mencuba.

"Saya benar-benar teruja menjadi sebahagian daripada inisiatif yang menggemparkan ini!" kata Akim.

Selepas menyampaikan lagu Inilah Cinta, Akim terus memukau penonton dengan dendangan lagu Bengang.

Sejurus itu, puteri pop Mila mempersembahkan dua hitnya iaitu Aku Lebih Tahu serta Jika Kau Ubah Fikiran.

Penonton semakin teruja apabila naib juara One In A Million musim kedua, Shila menggegarkan pentas dengan rangkaian lagu popularnya iaitu Ada Saja dan I'm Alive.

Shila kemudian disertai oleh Dafi dan Aizat yang membawa persembahan yang cukup hangat termasuk lagu hit Aizat, Hanya Kau Yang Mampu, Teka Silang Kata, Years From Now serta Kau Aku.

Dafi berduet dengan Shila menerusi medley Dua Hati Jadi Satu dan Tunjukkan Cinta.

Semangat perpaduan menerusi muzik jelas diserlahkan apabila Akim dan Mila kembali ke pentas untuk berduet dengan lagu Kau dan Aku.

Kumpulan indie Bunkface kemudiannya menghangatkan lagi suasana konsert dengan lagu Promp Queen, Situasi, Extravaganza dan Evolusi.

Sebelum tirai konsert ditutup, semua artis, penari dan pengacara, Nas menyanyikan lagu Inilah Cinta.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Alyah Belum Mahu Bercinta

Artikel Lain