suria

David Duchovny Rela Jadi Gay Demi Robert Pattinson

David Duchovny.
David Duchovny.
David Duchovny.

BINTANG siri televisyen X-Files David Duchovny berkata pelakon filem Twilight Robert Pattinson boleh mengubah orientasi seksnya.

Dia menjawab seperti itu ketika ditemubual oleh majalah Empire mengenai lelaki yang boleh menukar dirinya menjadi gay.

Pada awalnya, aktor berusia 49 tahun itu menjawab pelakon X-Files Garry Shandling yang mampu mengubah orientasi seksnya.

"Garry Shandling adalah orang yang telah membuatku menjadi gay, untuk lelucon," ujarnya menurut Aceshowbiz semalam.

Bintang filem The Joneses itu kemudian menambah, "Semua lelaki yang ada di filem Twilight. Saya tak ingat nama-nama mereka. Tapi semuanya serigala, vampire, semuanya luar biasa," tuturnya.

Duchovny merupakan suami kepada aktres Tea Leoni. Sebelum ini, bapa kepada dua anak itu dikhabarkan ketagihan seks. Selepas itu dia dimasukkan ke pusat pemulihan untuk mengatasi masalah tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain