suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Kembar Jolie-Pitt Didakwa 'Down Syndrome'

ANGELINA Jolie dan Brad Pitt kembali diterpa dengan gosip panas. Kali ini berkaitan anak kembar mereka iaitu Knox dan Vivienne. Kedua-duanya dikhabarkan menderita penyakit Down Syndrome.

Dakwaan itu disebarkan oleh National Enquirer. Dalam isu minggu ini, tabloid tersebut mengeluarkan berita berjudul Brad & Angelina: Twins Health Shocker!.

Menurut Why Fame semalam, National Enquirer khabarnya menulis gosip tersebut tanpa fakta yang sah. Media terbitan Amerika itu menyebarkan berita tersebut hanya berdasarkan pengamatan pada foto-foto anak kembar Jolie-Pitt.

Sumber terdekat dengan pasangan itu juga meragui gosip panas itu. Pada pengetahuan mereka, Knox dan Vivienne berada dalam keadaan baik sahaja.

"Kembar Brad dan Angie sihat dan jika betul, mereka bukannya jenis orang yang menyembunyikan berita serius seperti itu," ujar sumber.

Sebelum khabar menyedihkan itu muncul, pasangan yang mempunyai enam anak itu dikhabarkan akan menikah setelah lima tahun hidup bersama.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain