suria

'Avatar' Pecah Rekod Box Office Britain

FILEM Avatar yang mendapat pencalonan Filem Terbaik di Academy Awards 2010 dikatakan menjadi filem terlaris dalam sejarah box office Britain.

Menurut Daily Mail semalam, filem fiksyen arahan James Cameron itu berjaya menandingi kedudukan filem muzikal Mamma Mia! Dalam carta filem terlaris di Britain.

Sejak ditayangkan di pawagam Britain pada Disember 2009 hingga sekarang, filem yang dibintangi oleh Sam Worthington itu berjaya mengutip US$ 115 juta.

Sementara itu, di Academy Awards ke-82, Avatar mendapat sembilan pencalonan termasuk kategori Pengarah Seni, Sinematografi, Pengarah dan Kesan Visual.

Di majlis anugerah itu, Avatar mendapat dua saingan hebat iaitu daripada filem The Hurt Locker yang juga mendapat sembilan pencalonan dan Dictrict 9.

Artikel Lain