suria

Angelina Jolie Mahu Tambah Anak Angkat Lagi

AKTRES Angelina Jolie rupanya masih belum puas dengan enam anak yang sudah dimilikinya dan mahu menambah seorang lagi anak angkat mangsa gempa Haiti.

“Sudah bukan rahsia lagi kalau dia memang ingin mengambil anak angkat lagi. Dan sekarang, anak-anak di Haiti memerlukan pertolongan. Inilah peluang yang tepat,” ujar sumber kepada Showbiz Spy semalam.

Jolie mengunjungi para mangsa gempa Haiti, Isnin lalu. Dia terbang ke Republik Dominika dan datang ke Rumah Sakit Dario Contreras di Santo Domingo.

”Dia berbual dengan beberapa anak-anak dan wanita. Mereka meminta bantuannya,” ujar sumber itu lagi.

Ketika berkunjung ke Republik Dominika, Jolie juga sempat berbincang dengan Presiden Leonel Fernandez. Bekas kekasih Brad Pitt itu sempat memberitahu tentang kemungkinannya untuk mengambil anak angkat mangsa gempa Haiti kepada Presiden itu.

Artikel Lain