suria

Paris Hilton melarikan diri dari parti teman lelaki

PARIS Hilton melarikan diri daripada parti hari jadi teman lelakinya Doug Reinhard selepas terserempak dengan bekas teman lelakinya Benji Madden yang ditempah untuk melakukan persembahan untuk parti tersebut.

Hilton dan Doug pergi ke Las Vegas pada hujung minggu lepas untuk meraikan hari jadi Doug yang ke-24 dan pada masa yang sama untuk menonton persembahan kumpulan 'Taintsticks'di salah sebuah hotel di sana.

“Kegembiraan itu hanya kekal untuk sementara waktu sahaja selepas mengetahui yang Madden juga turut hadir pada majlis tersebut untuk membuat persembahan,” menurut sebuah portal akhbar dari United Kingdom.

Paris kemudiannya perasan Benji terkejut apabila melihatnya sudah mula takut untuk bersemuka dengan Benji lalu meninggalkan parti tersebut.

“Ternyata perhubungan Paris dan Benji tidak berakhir dengan baik,” menurut satu sumber dari dalam.

Paris dan Benji berpisah pada bulan November 2008 selepas keluar bersama selama sembilan bulan.

Artikel Berikut

Artikel Lain