TIGA orang anak Michael Jackson (MJ) lebih suka untuk menjadi bintang filem berbanding mengikut jejak langkah bapa mereka sebagai penyanyi.
Abang kepada Raja Pop tersohor itu, Jermaine Jackson mendedahkan bahawa Prince Michael I, 12, Paris, 11, dan Prince Michael II, 7, berminat untuk berlakon filem apabila mereka sudah dewasa kelak.
"Saya rasa mereka akan melangkah ke dalam industri perfileman nanti," katanya.


