suria

Michael Jackson mahu dikebumikan bersama kanak-kanak

Michael Jackson mahu dikebumikan di sekeliling kanak-kanak. - foto REUTERS
Michael Jackson mahu dikebumikan di sekeliling kanak-kanak. - foto REUTERS
Michael Jackson mahu dikebumikan di sekeliling kanak-kanak. - foto REUTERS

BEKAS penasihat rohani Michael Jackson, Rabbi Shmuley Boteach, meluahkan rasa ragunya terhadap kegembiraan sahabatnya itu setelah dikebumikan kerana Michael lebih gembira untuk dikebumikan bersama kanak-kanak.

Michael telah dikebumikan dalam sebuah makam, dikelilingi oleh kubur selebriti di Forest Lawn Memorial Park, Glendale, California pada 3 September 2009. Namun telah dikeluarkan sebuah rakaman perbualan antara Michael dan Boteach mendedahkan mengenai lokasi pengembumian pilihan Michael.

Boteach telah menyiarkan rakaman perbualannya bersama Michael Jackson sepanjang 30 jam itu sekitar tahun 1999 dan 2001 bagi mempromosikan buku terbarunya 'The Michael Jackson Tapes' dan ketika muncul dalam rancangan America Today pada 25 September lalu, Boteach memainkan satu baris ayat yang penting.

Kedengaran suara Michael berkata: "Saya mahu dikebumikan di tempat yang dikelilingi kanak-kanak... saya akan rasa lebih selamat begitu. Saya mahu mereka berada di sebelah saya. Saya perlukan semngat mereka."

Raja pop itu juga memberitahu Boteach bahawa dia takut menjadi semakin tua: "Bila tubuh badan mula lemah dan kulit mula berkedut, saya rasa ia sesuatu yang tidak bagus... saya tidak mahu menjadi tua."

Artikel Sebelum

Siti: Datuk K hanya untuk saya..

Artikel Berikut

Artikel Lain