suria

Winehouse hantar permohonan jadi penduduk tetap Caribbean

Winehouse dikatakan telah menghantar permohonan untuk menjadi penduduk tetap di St.Lucia - foto AP
Winehouse dikatakan telah menghantar permohonan untuk menjadi penduduk tetap di St.Lucia - foto AP
Winehouse dikatakan telah menghantar permohonan untuk menjadi penduduk tetap di St.Lucia - foto AP

AMY Winehouse bercadang untuk berpindah ke Caribbean dan penyanyi bermasalah ini dikatakan telah menghantar permohonan untuk menjadi penduduk tetap di St.Lucia.

Penyanyi itu telah berkunjung ke pulau tersebut tahun lalu sebagai salah satu usaha untuk menangani masalah ketagihan alkohol dan dadah serta melarikan diri daripada paparazi.

Dan sekarang, Winehouse berhasrat ingin tinggal terus di Caribbean.

Penyanyi itu ketika ini sedang menantikan keputusan sama ada permohonannya itu diluluskan oleh pihak penguasa di sana.

"Kami tahu Amy ingin terus menetap di sini. Kami sudah menerima permohonannya dan sedang meneliti borang tersebut," kata seorang pegawai.

Artikel Lain