suria

Filem 'Billu' ditukar tajuk, jaga sentimen tukang gunting rambut

"Billu" diinspirasikan dari kejayaan filem Malayalam “Kadha Parayumbol” pada tahun 2007. Filem ini telah dibuat dalam versi Tamil dan bertajuk “Kuselan” dimana megastar Rajnikant menjadi bintang undangan.

MULANYA nama filem ini adalah 'Billu Barber' tapi memandangkan golongan tukang rambut "Hairdresser's Association of Mumbai" membuat protes kerana seolah-olah mempermainkan sentimen mereka, seminggu sebelum filem ini dikeluarkan pihak penerbit pun cepat-cepat menukarkan tajuk filem kepada 'Billu' saja.

Filem arahan Priyadarshan ini sebenarnya berkisar tentang seorang tukang gunting rambut bernama 'Billu' yang mempunyai perjalanan hidup yang agak luar biasa.

Watak 'Billu' dibawa oleh pelakon berkarektor Irrfan Khan manakala penerbit filem ini, tidak asing lagi Shah Rukh Khan (SRK) menjadi bintang jemputan untuk filem ini.

"Billu" diinspirasikan dari kejayaan filem Malayalam “Kadha Parayumbol” pada tahun 2007. Filem ini telah dibuat dalam versi Tamil dan bertajuk “Kuselan” dimana megastar Rajnikant menjadi bintang undangan.

"Billu" diterbitkan oleh syarikat perfileman milik Shah Rukh Khan, Red Chillies Entertainment.

Selain SRK, bintang undangan laian ialah Kareena Kapoor, Lara Dutta, Deepika Padukone dan Priyanka Chopra.

Billu (Irrfan) berkisah tentang seorang tukang gunting rambut di kawasan perkampungan yang mengalami kerugian kerana perniagaannnya tidak mendapat sambutan.

Satu hari, sebuah pengambaran filem di buat di tempat Billu dan bintang utamanya ialah SRK dan Billu mendakwa dia bersahabat baik dengan bintang ternama itu.

Ramai penduduk kampung hendak berjumpa SRK melalui Billu dan Billu mencuba sedaya upaya untuk berjumpa sendiri dengan SRK tapi tidak berjaya.

Lama-lama penduduk kampung beranggapan Billu hanya menipu mereka tetapi di akhir cerita akan terbongkar kisah persahabatan dua orang ini.

Di sebalik promosi yang hebat, filem ini belum lagi menampakkan tanda-tanda akan menjadi filem yang ditunggu ramai.

Filem terakhir Priyadarshan “Bhool Bhulaiyaa” pada tahun 2007 merupakan satu hit.

Ramai yang nantikan reaksi orang ramai tentang filem "Billu'. Berjayakah nama SRK membawa penonton ke panggung?

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain