suria

Ayah Boyle menitiskan airmata kemenangan 'Slumdog Millionaire'

Pengarah David Boyle amat bangga dengan kemenangan 'Slumdog Millionaire' bersama aktor kebanggaannya Anil Kapoor yang turut berlakon dalam filem ini.

AYAH kepada pengarah Inggeris Danny Boyle, Patrick sungguh gembira dengan kemenangan anaknya di anugerah BAFTA baru-baru ini sehingga menitiskan airmata.

Ketika melihat anak kesayangannya memenangi anugerah, Patrick terus menangis.

Kemenangan Boyle merupakan kebanggaan seorang ayah. Tambah mengharukan bila si anak menyebut nama ayahnya ketika memberi ucapan semasa menerima anugerah bagi kemenangan 'Slumdog Millionaire'.

"Sistem pendawaian di rumah ayah saya meletup pada malam anugerah itu dan ramai orang cuba menyambungkannya semula supaya ayah saya dapat emnonton acara itu," kata Boyle.

Patrick, 88, dari Radcliffe, Gtr Manchester, pula memberitahu sistem kuasa meletup lebih kurang seminggu yang lalu.

"Mungkin itu caranya bagi Boyle untuk memberitahu saya yang dia sedang memikirkan saya pada waktu itu," kata Patrick.

Patrick juga amat bangga dengan filem 'Slumdog Millionaire'

"Saya rasa ia filem yang hebat. Dan setelah melihat bagaimana filem itu mengutip anugerah, memang benarlah filem ini hebat."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain