suria

Amitabh tidak puas hati kejayaan 'Slumdog Millionaire'

Kejayaan filem 'Slumdog Millionaire' mengundang kritikan dari pelakon senior Bollywood, Amitabh Bachchan.
Kejayaan filem 'Slumdog Millionaire' mengundang kritikan dari pelakon senior Bollywood, Amitabh Bachchan.
Kejayaan filem 'Slumdog Millionaire' mengundang kritikan dari pelakon senior Bollywood, Amitabh Bachchan.

FILEM 'Slumdog Millionaire' mungkin membawa tuah kepada pengarah muzik A.R Rahman dan memberi kebanggaan kepada Bollywood kerana mendapat pengiktirafan dunia dan menang besar di Anugerah Golden Globes baru-baru ini.

Namun filem ini mendapat kritikan dari pelakon senior yang tidak asing lagi Amitabh Bachchan.

Bachchan langsung tidak puas hati dengan cara filem ini memperkenalkan 'orang India dan negara India' India kepada dunia.

Beliau membuat kecaman dalam blognya dengan menulis, "Apa yang hendak dibanggakan sekiranya sebuh filem seperti Slumdog Millionaire (SM) memberitahu dunia yang India adalah sebuah negara dunia ketiga, kotor, belum membangun dan langsung tidak mencerminkan keadaan sebenar yang berlaku di India. Apa yang dipaparkan dalam filem ini turut berlaku dalam negara yang membangun juga."

Malah, kritikan yang dilemparkan oleh Bachchan turut mendapat perhatian ramai pemerhati filem Bollywood di Mumbai. Salah satu faktor yang menimbulkan ketidakpuasan hati ialah bagaimana orang India itu diketengahkan dalam filem ini.

Filem SM yang diarahkan oleh pengarah kelahiran British Danny Boyle, terkenal dengan filem noir komedinya bertajuk 'Trainspotting', diinspirasikan dari sebuah novel yang ditulis oleh penulis India dan diplomat Vikas Swarup. Filem ini kemudiannya diadaptasikan oleh Simon Beaufoy, penulis lakon layar terkenal British yang pernah menghasilkan 'The Full Monty'.

Bachchan sendiri mendapat 'penghormatan' dalam filem ini bila watak beliau menjadi idola pelakon Feroz Abbas Khan yang sanggup buat apa saja untuk mendapat autografnya.

Filem SM juga mendapat sambutan hangat di India. Ini sesuatu yang baru kerana selama ini filem India yang disajikan lebih kepada sifat 'escapism' dan bukan realiti. Sedangkan SM menonjolkan realiti. Mungkin fakta ini juga menjadi satu sebab mengapa Bachchan bengang dengan perkembangan terbaru ini.

Filem SM yang turut membariskan pelakon terkenal Bollywood Anil Kapoor, Freida Pinto, Dev Patel dan juga pengarah muzik terkenal A.R Rahman. Filem Bollywood yang julung-julung kali mendapat pujian dan sanjungan di seluruh dunia turut memberi kemenangan kepada A.R Rahman dalam 'Best Original Score.'

Pelakon terkenal Bollywood Shah Rukh Khan turut diundang membuat penampilan khas di acara Anugerah Golden Globe dan diberi penghormatan untuk menyampaikan Anugerah.

Ramai yang membuat andaian kemungkinan besar SM akan mengulangi sejarah yang serupa dalam Anugerah Oskar nanti.

Namun di sebalik kecaman yang diberikan oleh Bachchan, peminat fielm Bollywood ada juga yang membela filem Boyle ini.

"Slumdog tidak menunjukkan keseluruhan kehidupan orang India di India. Tapi kebanyakkan filem pun begitu. Dalam sebuah bandar yang mempunyai berbagai budaya seperti Mumbai, banyak aspek yang boleh ditonjolkan dan Slumdog telah cuba paparkan ini. Ada orang miskin dan ada orang kaya. Ada yang pentingkan diri sendiri ada yang prihatin tapi yang penting adalah perasaan kasih sayang. Dan itu adalah sifat orang India," tulis seorang peminat Bachchan dalam blognya.

Artikel Lain