suria

American Idol kembali untuk musim ke-8

Randy, Simon, Paula dan hos American Idol, Ryan akan kembali untuk musim terbaru program popular itu
Randy, Simon, Paula dan hos American Idol, Ryan akan kembali untuk musim terbaru program popular itu
Randy, Simon, Paula dan hos American Idol, Ryan akan kembali untuk musim terbaru program popular itu

RANCANGAN yang telah banyak melahirkan bintang-bintang ternama yang cukup berbakat seperti Kelly Clarkson, Ruben Studdard, Fantasia Barrino, Carrie Underwood, Taylor Hicks, Jordin Sparks dan David Cook kini kembali!

American Idol musim kelapan bakal menemui penonton-penonton di saluran 8TV bermula 15 Januari ini pada jam 9.30 malam bagi mencari seorang lagi bintang yang pastinya cukup berbakat.

Rancangan yang sentiasa mendapat sambutan hangat ini juga turut memenangi pelbagai anugerah berprestij antaranya Teen Choice Awards, People Choice Awards, Image Awards dan Kids’ Choice Awards.

American Idol merupakan sebuah rancangan realiti nyanyian yang cukup popular menampilkan tiga orang personaliti terkenal iaitu Randy Jackson, Simon Cowell dan Paula Abdul sebagai pengkritik tetap.

Pengacara popular Ryan Seacrest yang terus diberi tanggungjawab sebagai hos pula akan kembali mengembara bersama anda ke seluruh Amerika bagi mencari bintang baru untuk musim ini.

Masih mengekalkan konsep yang sama, pemenang akan dipilih menerusi undian tertinggi dari peminat dan sekaligus memenangi kontrak merakamkan album dengan syarikat rakaman hebat di sana.

Menariknya bagi musim ke-8 ini, American Idol akan menampilkan seorang lagi juri baru untuk bersama-sama dengan Paula, Randy dan Simon.

Kara DioGuardi seorang komposer dan penerbit terkenal di Amerika telah dipilih sebagai salah seorang pengkritik tetap untuk memberi sedikit kelainan bagi musim ini.

Artikel Lain