suria

Jessie J dedah hidap kanser payudara, syukur masih di peringkat awal

Kanser payudara Jessie J berada pada tahap awal.

PENYANYI Jessie J mengejutkan peminat apabila mendedahkan dia menghidap kanser payudara peringkat awal.

Jessie atau Jessica Ellen Cornish, 37, bagaimanapun berkata, dia menerima berita berkenaan dengan positif dan bersyukur kerana ia masih di peringkat awal.

Kata Jessie, dia akan menjalani pembedahan selepas menjayakan persembahan di festival muzik London Capital's Summertime Ball pada 15 Jun ini.

Jessie mengejutkan peminat selepas dedah dia hidap kanser payudara.

"Saya disahkan menghidap kanser payudara peringkat awal.

"Kanser adalah benda buruk dalam apa jua bentuk tetapi saya berpegang pada perkataan 'awal' .

"Saya akan berehat buat sementara selepas Summertime Ball untuk menjalani pembedahan," katanya.

Jessie berkongsi perkara itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagramnya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat bersalin secara normal tidak kesampaian, Jessie J sempat menari sebelum masuk bilik bedah

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas alami keguguran, Jessie J umum hamil buat kali kedua

Kata Jessie, dia mendedahkan perkara itu pada umum selepas berbincang dengan orang sekelilingnya.

Tambah pula Jessie dikenali sebagai penyanyi yang tiada rahsia dengan peminat dan sentiasa berkongsi kehidupan peribadinya di media sosial.

"Saya mahu berkongsi dengan peminat saya kerana saya seorang yang suka berkongsi. 

Saya disahkan menghidap kanser payudara peringkat awal.

JESSIE J

PENYANYI

"Saya sentiasa berkongsi semua yang saya lalui dalam hidup saya," ujarnya.

Ini bukan kali pertama Jessie bercakap secara terbuka tentang kesihatannya pada umum.

Pada usia 9 tahun, Jessie disahkan menghidap penyakit jantung yang diwarisi daripada bapanya.

Jessie akan lakukan rawatan susulan selepas konsert 15 Jun ini.

Malah penyanyi lagu Price Tag itu pernah diserang angin ahmar pada usia 17 tahun.

Pada 2021, Jessie sekali lagi diduga apabila mengalami keguguran dan diberitahu dia tidak boleh mengandung.

Bagaimanapun keajaiban berlaku apabila Jessie menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Sky pada 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain