suria

Pihak berkuasa kesan wang hampir RM1 juta dalam akaun Nikita Mirzani, bukti kes peras ugut dan penggubahan wang haram

Nikita terlihat tenang ditemani peguamnya.

WANG berjumlah 3 bilion Rupiah atau RM779,000 antara bahan bukti penglibatan pelakon sensasi Indonesia yang didakwa melakukan peras ugut dan penggubahan wang haram.

Ketua Pendakwa raya Daerah Jakarta Selatan, Haryoko Ari Prabowo berkata, wang tersebut ditemui di dalam salah satu akaun bank milik Nikita, 39 tahun.

“Buktinya adalah wang tetapi berapa jumlahnya saya tak boleh sebutkan secara terperinci tetapi sekitar 3 bilion Rupiah atau lebih,” katanya seperti dilaporkan Detik Hot.

Nikita sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan.

Haryoko juga memberitahu hasil siasatan juga menemukan beberapa bahan bukti lain seperti dokumen dan telefon bimbit milik Nikita dan pembantunya iaitu Mail Syahputra.

Malah kereta pelakon berkenaan juga disebut menjadi bahan bukti kerana merakamkan pergerakkan aktiviti tersebut.

"Bukan hanya wang tapi kami juga menemui kereta, alat komunikasi dan juga beberapa dokumen yang menjadi salah satu bukti kepada aktiviti tersebut," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Meringkuk di penjara, Nikita Mirzani beli 6 ekor lembu RM157,000 buat korban

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani kirim ucapan dari penjara, titip semangat buat anak sempena ulang tahun

Dalam pada itu, Haryoko memberitahu pihak pendakwa raya ketika ini sedang melengkapkan pendakwaan untuk dikemukakan kepada mahkamah.

Sementara menanti perbicaraan, Nikita akan ditahan di Penjara Pondok Bambu manakala pembantunya di Penjara Cipinang.

"Kami sedang dalam proses melengkapkan dokumen pendakwaan dan akan kemukakan perkara itu kepada mahkamah," kongsinya.

Sebelum ini, pihak berkuasa Indonesia menamakan Nikita sebagai suspek utama dalam kes membabitkan usahawan kosmetik dikenali sebagai Dr Reza Gladys.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain