SUDAH sebulan pemergian Barbie Hsu, suaminya iaitu DJ Koo masih meratapi pemergian pelakon terkenal itu.
Allkpop melaporkan DJ Koo atau Koo Jun Yup, 56, tidak dapat menerima hakikat cinta hatinya itu sudah tiada dan menangis setiap hari sehingga matanya bengkak.
"DJ Koo masih dirundung kesedihan, menangis setiap hari dan belum dapat menerima hakikat Barbie sudah tiada.

"Matanya bengkak teruk akibat menangis malah enggan mendapatkan rawatan di hospital," kata sumber terdekat deejay terkenal itu.
Tidak hanya itu, DJ Koo juga hilang selera makan sehinggakan berat badannya susut dengan ketara.
"Dia enggan makan atau minum yang menyebabkan badannya semakin kurus," kata sumber itu lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Meteor Garden’ Barbie Hsu meninggal dunia selepas pulang bercuti dari Jepun
ARTIKEL BERKAITAN: Barbie Hsu Ke Jepun Dengan Bakal Mertua
Untuk rekod, Barbie menghembuskan nafas terakhir pada 3 Februari lalu akibat penyakit pneumonia ketika meraikan Tahun Baru Cina di Jepun.
Barbie dan DJ Koo mendirikan rumah tangga pada 2022 namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


