FILEM Anora muncul sebagai pemenang Filem Terbaik Anugerah Oscar ke-97 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles pada Isnin (waktu Malaysia).Anora arahan Sean Baker berjaya menumpaskan sembilan filem lain yang bertanding iaitu The Brutalist, A Complete Unknown, Conclave, Dune: Part Two dan Emilia Perez. Turut dicalonkan adalah I'm Still Here, Nickel Boys, The Substance dan Wicked.Sean turut merangkul anugerah Pengarah Filem Terbaik menerusi Anora. Selain Filem Terbaik, Sean turut membawa pulang trofi Pengarah Terbaik manakala Mikey Madison membuat kejutan penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik.Anora turut memenangi dua lagi kategori iaitu Skrip Asal Terbaik dan Suntingan Terbaik.Kemenangan itu sekali gus menjadikan Anora menang besar pada Oscar tahun ini.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Oppenheimer’ Filem Terbaik Anugerah Oscar ke-96ARTIKEL BERKAITAN: Tewaskan Taylor Swift, Beyonce cipta sejarah akhirnya menang Album Terbaik di Anugerah GrammySelain Mikey, Anora yang ditayangkan pada Oktober 2024 turut menampilkan pelakon seperti Mark Eydelshteyn, Yura Borisov, Karren Karagulian dan Vache Tovmasyan.Anora turut ditayangkan di Festival Filem Cannes dan beberapa festival lain di seluruh dunia. Filem The Brutalist arahan Brady Corbet tidak kurang hebat apabila berjaya meraih tiga trofi kemenangan menerusi kategori Sinematografi Terbaik, Skor Asal Terbaik (Daniel Blumberg) dan Pelakon Lelaki Terbaik (Adrien Brody). Mikey memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik.Sementara itu, filem Emilia Perez yang mendapat 11 pencalonan terpaksa berpuas hati dengan dua kemenangan.Filem itu membawa pulang trofi bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi lakonan Zoe Saldana dan Lagu Asal Terbaik (El Mal).Manakala filem Wicked dan Dune: Part Two masing-masing memenangi dua anugerah dalam kategori Reka Bentuk Produksi Terbaik (Wicked), Kostum Terbaik (Wicked), Penataan Bunyi Terbaik (Dune: Part Two) dan Kesan Visual Terbaik (Dune: Part Two).Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!