PELAKON Alia Bhatt bertindak memadam semua foto anak perempuannya yang pernah dimuat naik di media sosial miliknya.Peminat turut memuji dan menyokong langkah dibuat Alia sebagai salah satu bentuk melindungi kanak-kanak itu daripada sebarang kejadian tidak diingini. “Saya sokong 100 peratus tindakan Alia kerana zaman sekarang terlalu banyak perkara pelik berlaku. Alia hanya meninggal foto Raha tanpa melihatkan wajahnya."Sejujurnya ini adalah keputusan paling baik yang dibuat oleh Alia," komen netizen. Dalam pada itu, ramai percaya tindakan Alia sebagai mengambil pengajaran insiden yang berlaku kepada aktor Saif Ali Khan sebelum ini. Saif cedera parah selepas ditikam sebanyak enam ketika bergelut menyelamatkan anaknya iaitu Jeh daripada pencuri yang memecah masuk kediamannya di Mumbai, India pada awal Januari lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Alia Bhatt kagum gerakan tarian Aishwarya Rai, sumber rujukan utama sebelum masuk set penggambaranARTIKEL BERKAITAN: Cantiknya Alia Bhatt di Met Gala 2024, pereka fesyen ambil masa hampir 2000 jam untuk siapkan sari sepanjang 7 meterBaru-baru ini, tular video memaparkan Alia berjalan ke arah beberapa petugas media dan meminta mereka menutup lensa kamera sambil bercakap sesuatu dengan mereka. Tidak diketahui apa dibicarakan Alia kepada media, peminat membuat telahan Alia mungkin meminta mereka tidak merakamkan foto Raha. Untuk rekod, Alia berkahwin dengan pelakon Ranbir Kapoor pada 14 April 2022.Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 6 November 2023 dan memperkenalkan anak mereka kepada umum ketika sambutan Hari Krismas pada tahun sama.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!