suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Jun Ho tergamam dicium peminat, netizen anggap ia perbuatan cabul

Jun Ho dilihat terkejut dengan tindakan wanita berkenaan.

ANGGOTA 2PM iaitu Lee Jun Ho berdepan gangguan seksual ketika bertemu peminatnya di sebuah acara di São Paulo, Brazil.

Menerusi video yang tular di media sosial, Jun Ho yang juga seorang pelakon sedang fokus membuat persembahan di atas pentas.

Pada awalnya, dia menunduk tubuhnya untuk mendekati peminat yang sedang mengambil gambar.

Kejadian yang merakamkan Jun Ho dicium peminat wanita.

Bagaimanapun, seorang wanita tiba-tiba memeluk lehernya lalu mencium pipi Jun Ho.

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan juga tersenyum lebar apabila keinginannya tercapai.

Jun Ho dilihat terdiam seketika lalu beredar dari kawasan tersebut.

Kejadian itu membuatkan peminat Jun Ho marah malah menganggap wanita berkenaan mengambil kesempatan di atas kemesraannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit terpaksa bertongkat, Lee Jun Ho tetap teruskan jelajah bertemu peminat di Jepun

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan ‘pecah lubang’ Lee Junho dan Yoona bercinta, pihak pengurusan mahu siasat

"Buat wanita di Brazil, kami tak tahu cara anda bermesra menggunakan ciuman, tapi Jun Ho artis Korea! Sila hormat dia.

"Jangan buat sentuhan berat seperti itu tanpa persetujuan Jun Ho!

"Anda bukan peminat tapi pencabul!," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsAppTelegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

 

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain