suria

Tak berdiam diri, kali ini Jay-Z pula saman wanita tuduh dirinya lakukan serangan seksual

Dakwaan wanita tersebut menyebabkan Jay-Z mengalami kerugian sebanyak RM90 juta.

PENYANYI rap Jay-Z memfailkan saman fitnah terhadap seorang wanita yang sebelum ini menuduhnya melakukan serangan seksual.

Jay-Z atau Shawan Carter membuat tindakan tersebut selepas wanita yang dikenali sebagai Jane Doe itu menarik semula laporan polis dan saman yang dibuatnya pada Disember tahun lalu. 

Menurut peguam, saman tersebut dikeluarkan sebagai ganti rugi kerana tuduhan dibuat itu bersifat jahat, konspirasi sivil dan juga satu bentuk fitnah terhadap penyanyi berumur 38 tahun itu. 

Jay-Z merupakan suami kepada penyanyi terkenal Beyonce. 

"Pasukan guaman Jay-Z mendakwa bahawa Jane Doe mengakui kepada wakilnya bahawa tuduhannya adalah palsu dan peguamnya (Jane) telah memaksanya meneruskan saman itu untuk kepentingan kewangan.

"Namun, menurut mahkamah Los Angeles, Jane Doe marik semula kes tersebut kerana takut terhadap ugutan daripada pasukan dan peminat Jay-Z," katanya. 

Tambah pasukan guaman Jay-Z, disebabkan dakwaan berkenaan, penyanyi tersebut mengalami kerugian lebih daripada AS$20 juta (RM90 juta). 

ARTIKEL BERKAITAN: Jay-Z dituduh rogol remaja 13 tahun, minta mangsa buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Jay-Z minta gugur kes, wanita dakwa dirogol bagi kenyataan meragukan

Sebelum ini, Jane mendakwa melakukan serangan seksual terhadapnya ketika dia menghadiri acara 'after party' MTV Music Video Awards (VMA) pada tahun 2000.

Remaja berkenaan yang kini berusia 37 tahun dikenali sebagai Jane Doe mendakwa perbuatan terkutuk itu turut dilakukan bersama P. Diddy.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain