PENYANYI rap Bhad Bhabie sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila dia tergamak memukul ibunya sendiri.
TMZ melaporkan Bhad atau Danielle Bregoli, 22, tergamak menggasari ibunya iaitu Barbara Bregoli hanya gara-gara wanita itu memanggil mendiang sahabat baiknya dengan gelaran monyet.
Malah Bhad dengan bangga memuat naik video memaparkan dia sedang bergaduh dengan ibunya sebelum dilihat memukul wanita berusia 57 tahun itu.
Rakaman pergaduhan antara Bhad dan Barbara tular di media sosial.
Penyanyi rapi itu bagaimanapun memadam video tersebut tidak lama kemudian.
"Ibu saya memanggil orang kulit gelap sebagai monyet. Saya hilang sabar kerana dia mengutuk kawan saya yang sudah meninggal dunia.
"Saya mahu anda semua melihat video itu (pergaduhan mereka)," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Berebut anak punya fasal, Bhad Bhabie dibelasah teman lelaki
ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh semakin kurus sebab barang terlarang, Bhad Bhabie akhirnya mengaku sedang derita kanser
Penyanyi lagu Gucci Flip Flops ini juga meluahkan rasa kesal dengan sikap Barbara yang disifatkan sebagai tidak sensitif.
"Anda semua fikir saya boleh memaafkan perbuatan ini? Tidak. Saya akan menyerangnya setiap kali dia melakukan pembohongan.
"Kali ini dia memanggil kawan baik saya yang sudah meninggal dunia pada tahun lalu dengan panggilan bersifat perkauman," ujarnya.
Bagaimanapun, menurut sumber terdekat Barbara, ibu kepada penyanyi tersebut tidak pernah membuat penghinaan perkauman dan menggelar sesiapa dengan panggilan menghina.
Bhad (kiri) didakwa melakukan kekasaran terhadap Barbara (kanan).
Rakaman pergaduhan yang dimuat naik oleh Bhad itu didakwa berlaku pada Julai tahun lalu selepas Bhad berkongsi video dipukul teman lelaki iaitu Le Vaughn (LV).
Sumber memberitahu, mereka mendengar pertelingkahan berlaku selepas ibu LV meminta Bhad untuk menghadiri pengebumian rakannya tetapi Barbara tidak mengizinkan.
Barbara berpendapat, LV meminta anaknya memuat naik video dan mencipta naratif palsu dengan matlamat memecah belahkan keluarga mereka.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!