suria

Jatuh hati dengan lelaki comel, Sandara 2NE1 sanggup tipu usia sebenar

Sandara dedah pernah bercinta dengan remaja bawah umur.

ANGGOTA kumpulan 2NE1, Sandara Park pernah menipu usia sebenarnya demi memikat seorang lelaki yang ketika itu berumur 14 tahun.

Sandara ketika itu berusia 19 tahun mendedahkan dia menipu umurnya 16 tahun kepada lelaki tersebut kerana jatuh hati dengan wajahnya yang comel.

"Dulu ada seorang lelaki comel minta nombor telefon saya. Dia baru berumur 14 tahun.

Untitled design (2)

Dara menipu usianya 16 tahun pada ketika itu.

"Disebabkan dia sangat comel, jadi saya pun berikan nombor telefon saya.

"Masa itu umur saya 19 tahun. Jadi saya tipu dia cakap umur saya 16 tahun," katanya.

Pendedahan itu bagaimanapun menerima reaksi bercampur-baur daripada netizen yang ada di antara mereka terkejut dengan perbuatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sandara Park Sambut Hari Lahir Di Boracay

ARTIKEL BERKAITAN: Sandara Park Jawab Isu Berpacaran Dengan G-Dragon

Ramai merasakan kisah itu tidak sepatutnya dicontohi malah ia adalah perbuatan jenayah.

"Ini sangat keterlaluan! Saya tak sangka Sandara bangga dengan perbuatannya itu. Dia sedar ke ia merupakan satu jenayah?

"Ini tidak normal... Jarak di antara 19 tahun dengan 14 tahun sangat jauh. Tak wajar orang dewasa bermain cinta dengan remaja bawah umur," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain