suria

Betul ke Sehun EXO lari latihan ketenteraan? Ada peminat dakwa nampak keluar dating bersama kekasih

Pihak Sehun EXO masih mendiamkan diri mengenai dakwaan berkenaan.

NAMA anggota kumpulan EXO iaitu Sehun hangat dikatakan oleh netizen apabila dipercayai sedang bercuti bersama teman wanita di Jepun.

Menerusi video yang tular di media sosial, Sehun, 30, dikatakan keluar bersama seorang wanita yang membawa beg berjenama mewah Dior.

Menurut laporan AllKpop, wanita yang enggan didedahkan identitinya itu berkata dia seakan tidak percaya melihat kelibat Sehun bersama wanita berkenaan.

sehun 1

Peminat lihat Sehun keluar dengan seorang wanita.

Mana tidaknya, Sehun kini sedang menjalani latihan ketenteraan di Korea Selatan.

"Adakah Se-hun benar-benar sedang melakukan perkhidmatan ketenteraan wajibnya?

"Saya ternampak dia di Cheong-dam bersama teman wanitanya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tolong jangan telefon saya!” - Sehun EXO dedah terima 100 panggilan peminat fanatik sehari

ARTIKEL BERKAITAN: Suho, Sehun (EXO) Mengaku Pengotor

Kesahihan khabar tersebut bagaimanapun diragui netizen selain hairan dengan kebebasan yang dimiliki Sehun sebagai seorang pekerja perkhidmatan awam.

Sejak khabar angin tersebut tersebar, pihak SM Entertainment masih mengunci mulut dari memberi sebarang kenyataan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain