suria

Hanya peluk Mahalini, Sule sambut dingin salam Jeffry Reksa

Sule memeluk Mahalini (kiri) namun sekadar bersalaman dengan Jeffry (kanan).

PELAWAK Sule didakwa bersikap pilih kasih di antara dua bakal menantunya ketika mereka datang menyambut hari raya bersama 1 Syawal lalu.

Menerusi foto dan video yang tular di media sosial, Sule hanya memberi pelukan kepada teman wanita Rizky Febian iaitu Mahalini ketika penyanyi itu bersalaman dengannya.

Manakala Sule hanya memberikan reaksi biasa dan tidak memeluk teman lelaki anak perempuannya Puteri Delina iaitu pelakon Jeffry Reksa.

SULE - 1

Mahalini dan Jeffry meraikan Aidilfitri bersama keluarga Sule.

Menerusi video berkenaan, Jeffry dilihat bersungguh-sungguh melutut di hadapan Sule namun pelawak itu hanya menyambut salam dihulurkan tanpa pelukan.

Apa membuatkan netizen bengang, Sule turut meminta maaf kepada Mahalini malah mengalu-alukan kedatangannya sebagai bakal menantu keluarga mereka.

"Kalau ada salah silap yang disengajakan, mohon dimaafkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbuka puasa dalam khemah dengan Mahalini, Rizky Febian dituduh kurang didikan agama

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian dituduh murtad rai Nyepi di Bali, Mahalini bersuara pertahan tunang

"Tak lama lagi Lini (panggilan Mahalini) akan menjadi keluarga kita, ayah (panggilan Sule) berharap Rizky dapat membimbing kamu ke arah yang positif," kata Sule.

Perkongsian video tersebut menerima pelbagai reaksi netizen dan ada yang menganggap Sule bersikap pilih kasih terhadap pasangan anak-anaknya itu.

"Jeffry tidak dapat pelukan dan ciuman. Baju kekasih Putri juga sudah sedondon dengan mereka.

"Sule memang pilih kasih, Mahalini dipeluk tetapi Jeffry tidak," tulis netizen.

Untuk info, sebelum ini hubungan di antara Jeffry dan Putri juga menjadi bualan hangat peminat kerana kedua-duanya berbeza agama.

Selain kisah mereka, percintaan antara Rizky dan Mahalini juga sering kali menjadi soroton kerana juga menganuti agama yang berbeza.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain