suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Galak ikut cabaran orang muda, Kevin Hart tanggung akibat duduk atas kerusi roda

Kevin terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

PADAH melakukan cabaran berlumba, pelakon dan pelawak Kevin hart terpaksa menanggung akibat mengalami kecederaan sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Kevin, 44, mengalami kecederaan pada perut dan paha selepas melakukan cabaran 40 yard dash bersama rakannya iaitu Stevan Ridley yang merupakan bekas atlet ragbi.

"Stevan tanya kepada saya saiapa yang paling pantas, dan saya katakan saya terpantas.

kevin hart 2

Kevin turut berkongsi nasihat supaya tidak melakukan tindakan sama.

"Akibatnya saya mengalami kecederaan di bahagian perut dan paha 'koyak'. Saya tahu apa sebenarnya masalah itu tapi ia dah koyak," katanya.

Kevin berkongsi perkara itu dalam satu video di laman Instagram miliknya dalam keadaan dia berkerusi roda.

40 yard dash merupakan satu bentuk senaman fizikal yang sering dilakukan oleh atlet ragbi untuk menguji tahap kelajuan berlari.

ARTIKEL BERKAITAN: Shah Rukh Khan dakwa ada sebidang tanah di bulan, hadiah peminat dari Australia

Tambah Kevin dia merasakan tindakan melakukan cabaran itu adalah sia-sia dan tidak sesuai untuk golongan usia sepertinya.

"Saya berusia 44 tahun dan terpaksa tanggung semua ini. Saya adalah lelaki paling bodoh.

"Saya tidak boleh berjalan. Ini salah sendiri. Kenapa nak berlumba pada usia begini? Ia satu tindakan paling bodoh.

"Kepada semua yang telah berusia 40 tahun ke atas, ini bukan perkara main-main. Hargai usia anda," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain