suria

Bukan sekadar gangguan seksual, DJ Soda dedah pernah dirogol pencuri

DJ Soda kini berani kongsi pengalaman hitam zaman kanak-kanak.

SELEPAS mendedahkan dirinya menjadi mangsa gangguan seksual, DJ Soda sekali lagi mencuri tumpuan apabila membuat pengakuan pernah dirogol ketika dia masih kanak-kanak.

Bercerita pengalaman hitamnya itu, DJ Soda atau nama sebenarnya Hwang So Hee, 35, memberitahu dia mengalami trauma dan terpaksa merahsiakan perkara itu bertahun-tahun.

"Ketika saya berumur enam tahun, saya dirogol oleh pencuri. Saya berada di rumah seorang diri kerana ibu bapa saya keluar bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Soda kecewa netizen tuduh baju seksi punca terima gangguan seksual... Penganjur konsert bakal ambil tindakan

"Saya menipu kedua ibu bapa kerana tidak mahu mereka terkejut. Kejadian yang berlaku itu membuatkan saya mengalami selective mutism," katanya.

DJ Soda menulis perkara tersebut di laman sosial miliknya selepas meluahkan rasa kecewa apabila penampilan seksi dikatakan punca dia menjadi mangsa gangguan seksual ketika terlibat dalam acara Music Circus Festival, Osaka, Jepun baru-baru ini.

Selective mutism atau senyap terpilih merupakan keadaan di mana seseorang tu tiba-tiba menjadi pendiam dipercayai akibat trauma atau anxiety.

dj soda 2

DJ Soda banyak kali mengalami gangguan seksual.

Sementara itu, pemuzik berasal dari Korea Selatan ini turut mendedahkan beberapa kejadian lain sepanjang hidupnya termasuk diganggu golongan kenamaan atau VIP.

"Saya mengalami gangguan seksual ketika di acara Spectrum Festival Korea pada 2018 oleh seorang VIP. Saya cuba mencari identiti individu itu namun terpaksa mendiamkan diri.

"Saya juga tidak pernah menerima permohonan maaf apabila rakan-rakan DJ dari serata dunia melakukan gangguan seksual. Saya telah dicabul beberapa kali sepanjang hidup," ujarnya.

Dalam perkongsian sama DJ Soda menegaskan bahawa penampilan seksi tidak harus dipersalahkan sepenuhnya kerana pelaku juga seharusnya bertanggungjawab atas tindakan gangguan seksual yang dilakukan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain