suria

Lantang kutuk Shah Rukh Khan, pelakon Pakistan diminta jumpa pakar psikologi

Baloch berani kritik lakonan Shah Rukh Khan.

PELAKON asal Pakistan Mahnoor Baloch mendapat kecaman hebat selepas secara terbuka mengkritik bintang Bollywood terkenal iaitu Shah Rukh Khan.

Baloch, 53, menerusi satu temu bual memberitahu Shah Rukh bukanlah seorang lelaki yang tampan jika dibandingkan dengan aktor lain di India.

"Shah Rukh mempunyai personaliti yang bagus namun jika diukur parameter ketampanan, dia berada jauh dibawah berbanding pelakon lelaki lain.

"Dia hanya ada aura yang membuatkan dia dikenali ramai. Ramai lagi lelaki kacak namun tiada aura seperti mana Shah Rukh," katanya.

mahnoor 2

Baloch tidak terkesan dengan kecaman peminat Shah Rukh Khan.

Tidak cukup dengan itu, Baloch turut mempertikaikan bakat lakonan Shah Rukh meskipun dia sudah berlakon dalam ratusan filem.

Katanya pelakon filem Pathaan itu bijak mempromosikan diri sehingga apa sahaja dilakukan mendapat perhatian ramai.

"Bagi saya dia tak tahu berlakon. Dia adalah seorang usahawan yang tahu bagaimana memasarkan diri," jelasnya.

Kenyataan berani Baloch itu dihujani dengan komen balas peminat yang nyata tidak bersetuju dengan komen dibuat terhadap pelakon kesayangan ramai itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shah Rukh Khan tiba di Mumbai dalam keadaan sihat, khabar angin terlibat kemalangan terbukti palsu

"Siapa dia dan apa pencapaian setakat ini? Shah Rukh Khan berjaya membina nama sendiri dan menjadikan dia hari ini.

"Rasanya dia sengaja mahu mencari publisiti dengan menyebut nama Shah Rukh Khan. Pelakon itu (Shah Rukh Khan) lebih berjaya daripada dia.

"Tolong buat pemeriksaan psikologi... apa yang dia cakap menimbulkan kemarahan," komen netizen.

Bagaimanapun Baloch tidak akan terkesan dengan setiap kecaman kerana menyifatkan apa dikatakan itu adalah kebenaran.

Tidak hanya mengkritik, Baloch turut memuji lakonan Shah Rukh menerusi filem Anjaam yang disifatkan lebih sesuai dengannya.

"Dia tak sesuai membawa watak romantik. Saya suka menonton lakonannya sebagai seorang lelaki psiko dalam Anjaam yang nampak berkesan dan menyakinkan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain