suria

Sammy Simorangkir buat kemunculan dalam konsert Kerispatih... Imbau kenangan indah bersama peminat

Konsert Kerispatih di Kuala Lumpur Februari depan

KUMPULAN Indonesia popular, Kerispatih bakal menganjurkan konsert ‘Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir’ pada 24 Februari depan bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Istimewanya, konsert yang dibawa oleh tiga penganjur iaitu 4ward, Tiger Wong Entertainment dan MHT Live ini turut menampilkan bekas vokalis Kerispatih, Sammy Simorangkir.

Dalam pada itu, peminat bakal dihiburkan dengan konsert yang berlangsung selama dua jam menerusi 20 buah lagu yang akan dipersembahkan.

kk1 - 1

Kerispatih bakal menghiburkan peminat di Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif 4ward, Nashrul Nasir memberitahu kolaborasi menganjurkan konsert berkenaan dilihat sebagai satu permulaan untuk lebih banyak kerjasama di masa depan.

"Sudah tentu kolaborasi bersama dua penganjur ini bakal bersifat mega kerana Kerispatih dan Sammy Samorangkir sudah membawa pulang pelbagai anugerah dan menerima sambutan baik daripada peminat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Catriona Ross ralat konsert Tulus hanya 70 minit, tiket mahal tapi macam showcase... penganjur tampil perjelas situasi sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: Rai peminat di Malaysia, Blue adakan konsert sempena ulang tahun ke-20 Februari depan

Sementara itu, wakil Tiger Wong Entertainment turut menjelaskan mereka memilih judul Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir sebagai nama konsert buat peminat di Malaysia.

"Mengapa konsert ini diberi judul Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir adalah kerana kami percaya setiap penggemar mereka mempunyai momen atau nostalgia tersendiri dengan lagu-lagu mereka.

kk2 - 1

Sammy Simorangkir bakal beraksi bersama Kerispatih.

"Kami mahu konsert ini menjadi momen yang istimewa bukan sahaja buat Kerispatih dan Sammy Simorangkir yang rindu bertemu peminat di Malaysia, tetapi juga buat penggemar yang dahagakan persembahan mereka secara langsung," jelasnya.

Dalam pada itu, kumpulan popular Indonesia ini turut menjanjikan bakal membawa lagu-lagu hit mereka termasuk Untuk Pertama Kali, Bila Rasaku ini Rasamu dan Aku Harus Jujur pada konsert berkenaan.

Tiket konsert Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir mula dijual bermula Jumaat ini pukul 5 petang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain