suria

Lucinta Luna masuk hospital selepas tekak keluar cecair merah… Netizen syak kesan buang halkum

Lucinta Luna terpaksa ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan.

SELEBRITI sensasi Lucinta Luna terpaksa dikejarkan ke Hospital Mayapada Lebak Bulus, Jakarta, kerana mengalami masalah pendarahan pada bahagian tekak dan bengkak di gusi.

Akibat penyakit itu, Lucinta dilaporkan mengalami kesukaran untuk makan dan minum.

"Ya Allah semoga saya boleh makan dan minum dengan normal lagi Ya Allah. Sekarang tengah buat fisioterapi dengan doktor," katanya.

Lucinta sedang melakukan fisioterapi untuk penyakitnya

Sementara itu, Lucinta memberitahu bahawa fisioterapi yang sedang dilakukannya sekarang adalah bertujuan untuk menghalang saraf pada anggota lain turut bengkak.

Bahagian tekak Lucinta turut mengeluarkan cecair merah dan ditambah dengan keputusan ujian platelet dan leukositnya yang masih tidak normal.

"Fisioterapi ini dilakukan supaya bengkak gusi cepat surut dan tidak terkena pada saraf radang. Setiap kali buat fisioterapi, cecair merah akan keluar," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna bedah buang halkum, kini mahu dikenali sebagai Ratu 9 Nyawa

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna sanggup ke Korea buat pembedahan plastik, ubah wajah seiras Lisa Blackpink

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen mengingatkan Lucinta bahawa tuhan sedang memberi peringatan kepadanya yang terlalu obses dengan pembedahan plastik.

"Kesan pembedahan plastik tu. Kita tak tahu bahan kimia apa yang dimasukkan ke dalam badan. Kita sepatutnya bersyukur dengan sifat asli yang diberikan tuhan. Mungkin ini satu peringatan.

"Lain kali jangan berani ubah anugerah Allah bagi. Kalau mampu sekali pun, baik jangan," komen netizen.

Sebelum ini, Lucinta yang digelar dengan Ratu 9 Nyawa itu telah melakukan pembedahan membuang halkum di sebuah hospital di Korea Selatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain