suria

Travie McCoy datang Malaysia buat konsert sempena tahun baharu

Travie McCoy anjur konsert pertama di Malaysia.

PENYANYI Travie McCoy bakal muncul dengan konsert jelajah secara solo buat pertama kali di Malaysia pada 31 Disember ini.

Konsert dengan judul Travie McCoy New Year Countdown Feat Alexis Kings 2023 itu bakal berlangsung pada pukul 9 malam di Zepp Kuala Lumpur.

Kehadiran Travie atau Travie Lazarus McCoy, 41, sudah tentu menjadi perhatian peminat muzik Reggae dan Pop di negara ini.

travie1 - 1

Travie merupakan vokalis kumpulan Gym Class Heroes.

Apa yang menariknya lagi, pihak penganjur Pushplay Production Sdn Bhd tidak hanya menerbangkan Travie secara solo tetapi menjemput Alexis Kings yang akan turut sama menghangatkan konsert berkenaan sempena hadiah tahun baharu.

"Sebagai penganjur, kami amat berbesar hati membawakan projek sulung Travie McCoy New Year Countdown feat Alexis Kings 2023 sebagai 'hadiah' tahun baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiket konsert Melly Goeslaw laris, tak sampai sejam dah 'sold out'

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat kecewa tiket konsert Lah Ahmad habis terjual kurang 24 jam, minta tambah tarikh persembahan

"Ini merupakan konsert rap antarabangsa pertama yang diadakan di Zepp KL. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk 'berpesta' dan menikmati malam tahun baru bersama kami," kata penganjur.

Untuk info, pada 2010 Travie muncul dengan album solo yang berjudul Lazarus, sekali gus melancarkan single pertama hasil kolaborasi bersama penyanyi Bruno Mars yang berjudul Billionaire.

travie2 - 1

Konsert rap hadiah sempena tahun 2023.

Travie yang juga merupakan vokalis kumpulan Gym Class Heroes muncul dengan single solo terbaharu pada Jun tahun lalu yang berjudul A Spoonful of Cinnamon.

Bagi peminat yang ingin menonton konsert pertama Travie di Malaysia, harga tiket boleh didapati bermula daripada RM 399 (CAT 3), RM499 (CAT 2), RM599 (CAT 1), RM499 (VIP) dan RM8,999 (VVIP BOX) boleh didapati di laman web www.myticket.asia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain