suria

Doktor nasihat tak boleh berlakon aksi dan menari, Hrithik Roshan sahut cabaran jaga kesihatan

Hrithik sentiasa jaga kesihatan untuk terus kekal sebagai pelakon.

PELAKON Hrithik Roshan mendedahkan dia pernah dinasihati doktor supaya tidak melakonkan babak aksi atau menari selepas terlibat dalam filem pertamanya berjudul Kaho Naa Pyaar Hai pada tahun 2000.

Perkara tersebut bagaimanapun menjadi pembakar buat Hrithik untuk terus menjaga kesihatan dan dia amat berbangga pada usia 48 tahun masih boleh melakukan babak aksi.

“Sebelum Kaho Naa Pyaar Hai dilancarkan, doktor memberitahu tahap kesihatan saya tidak begitu baik dan disebabkan itu saya tidak boleh berlakon filem aksi atau menari.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ditolak kasar pengawal peribadi, Hrithik Roshan berang diserang peminat ajak ‘selfie’

“Saya ambil ia sebagai satu cabaran dan menjaga kesihatan dengan baik. Ia satu keajaiban apabila dalam filem ke-25 saya masih boleh berlakon filem aksi dan menari.

“Pastinya Hrithik yang berusia 21 tahun dahulu berbangga dengan pencapaian saya sekarang ketika berumur 48 tahun,” katanya seperti yang dipetik dari Bollywood Hugama.

Hrithik berkata demikian ketika pelancaran lagu berjudul Alcoholia yang menjadi runut bunyi bagi filem terbaharu lakonan iaitu Vikram Vedha.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain