suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majlis resepsi perkahwinan batal, JLo dan Ben Affleck pilih teman ibu di hospital

Ben Affleck dan Jennifer Lopez membatalkan majlis resepsi perkahwinan mereka.

MAJLIS resepsi perkahwinan pasangan selebriti Ben Affleck dan Jennifer Lopez terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.

Keputusan itu diambil selepas ibu Affleck, Chris Anne Boldt dimasukkan ke Hospital Savannah, Georgia, Amerika Syarikat.

Boldt terpaksa menerima beberapa jahitan akibat kecederaan pada kaki.

Menurut sumber, keadaan Boldt dilaporkan stabil dan tidak terlalu membimbangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: JLo dan Ben Affleck kahwin mengejut di Las Vegas, tukar baju dalam tandas

"Jangan bimbang kerana kecederaan itu tidak serius tetapi Affleck dan Lopez memilih untuk ada bersamanya," kata sumber.

Pasangan itu berkahwin dalam satu majlis sederhana di sebuah gereja di Las Vegas pada Julai lalu.

Untuk rekod, mereka pernah bercinta sekitar 2002 kemudian berpisah pada 2004 namun hubungan mereka bertaut kembali selepas 18 tahun dan memutuskan untuk berkahwin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain