suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak pilih bulu... Orlando Bloom tetap berkawan dengan Kim Kardashian meskipun bukan lagi kekasih sahabatnya

Bloom tetap berkawan dengan Kardashian meskipun wanita itu sudah berpisah dengan kawan baiknya, Pete Davidson.

PELAKON Orlando Bloom tetap berkawan dengan Kim Kardashian meskipun bintang realiti itu sudah tidak bersama dengan sahabat baiknya, Pete Davidson.

Kedua-dua selebriti terkenal itu dilihat berbual mesra ketika mereka hadir Orlando hadir ke majlis yang dianjurkan adik kepada Kim iaitu Kendall Jenner.

Pada majlis itu, Kim dan Orlando dilihat mesra seperti tiada apa-apa berlaku.

Menurut sumber, Orlando adalah individu paling rapat dengan Pete dan menjadi tempat meluahkan perasaan sedih selepas berpisah dengan Kim.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian, Pete Davidson pilih bawa haluan masing-masing selepas 9 bulan bercinta

"Boleh dikatakan Orlando merupakan orang pertama yang 'meminjamkan' bahu kepada Pete ketika dia berpisah dengan Kim.

"Mereka menjadi akrab selepas kedua-duanya turut terlibat dalam sebuah projek di Australia.

"Orlando banyak menasihatinya agar tidak terlalu mengikut perasaan dan fokus kepada kariernya yang sedang berkembang," kata sumber berkenaan.

Pete dan Kim mengambil keputusan berpisah hanya selepas sembilan bulan menjalinkan hubungan cinta.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia