suria

Menantu jawab isu tak seteru dengan Victoria Beckham gara-gara gaun pengantin

Ramai buat spekulasi hubungan Nicola dan Victoria tidak baik.

SEBELUM ini pernah timbul khabar angin kononnya hubungan penyanyi Victoria Beckham dengan menantunya iaitu Nicola Peltz tidak baik.

Cerita itu mula diperkatakan apabila ada mendakwa isteri kepada Brooklyn Beckham itu enggan memakai baju pilihan Victoria ketika hari perkahwinannya pada 9 April lalu.

Menjelaskan hal tersebut, Nicola memberitahu terdapat perubahan di saat-saat akhir sehingga dia membuat keputusan untuk memakai gaun pengantin putih rekaan Valentino pada majlis berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Victoria Beckham rasa terancam dengan menantu sendiri

“Saya mahu pakai baju pilihannya, namun beberapa bulan sebelum majlis pereka tersebut tidak dapat menghasilkan rekaan tersebut. Jadi saya terpaksa memilih gaun pengantin lain.

“Dia (Victoria) tidak menghalang saya untuk pakai baju pereka lain dan saya juga tidak pernah katakan enggan menyarungkan gaun pilihan tersebut,” jelasnya.

Sementara itu dalam satu temubual bersama Variety, Brooklyn juga menjawab tentang dakwaan isteri dan ibunya tidak sekepala sejak awal mereka bertemu.

“Saya tahu orang ramai selalu mahu bercakap tentang perkara itu untuk menjatuhkan orang lain.

“Mereka berdua tidak ada sebarang masalah. Semuanya baik sahaja,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain