suria

Lama pendam hasrat, Cita Citata tampil bertudung... tolak tawaran nyanyi lagu dangdut

Cita berkongsi gambar penampilan baharu.

TAMPIL dengan imej baharu bertudung, penyanyi Cita Citata juga mahu mengubah haluan muziknya dari genre dangdut kepada pop.

Mengulas tentang keputusan memakai tudung, kata Cita hasrat tersebut telah lama difikirkan dan percintaan dengan ahli politik bernama Didi Mahardika juga mendorong untuk dia berubah.

"Memakai tudung adalah keinginan saya sejak dulu tanpa ada paksaan oleh sesiapa pun.

"Mungkin ada kaitan dengan pasangan saya, namun dia tidak pernah minta untuk saya pakai tudung.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah dituduh 'pelakor', Cita Citata sahkan hubungan cinta dengan cucu presiden pertama Indonesia

"Sekarang tidak lagi menyanyi dangdut. Dari awal tahun lalu sudah melancarkan lagu genre pop. Saya tidak lagi ambil tawaran kerja menyanyi lagu dangdut.

"Sudah lama saya menjadi penyanyi dangdut, biarlah ia menjadi sebahagian daripada hidup saya. Saya juga mahu kembangkan kualiti dalam muzik," katanya seperti yang dipetik dari Detik.

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Cita dilihat mula berkongsi gambar dia memakai tudung sejak minggu lalu dan mendapat pujian ramai peminat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain