suria

Harshaali Malhotra tunggu panggilan Salman Khan, harap nama masuk senarai sekuel ‘Bajrangi Bhaijaan’

Harshaali masih menunggu panggilan daripada Salman untuk mulakan persediaan bagi filem sekuel Bajrangi Bhaijaan.

FILEM Bajrangi Bhaijaan lakonan Salman Khan dan Kareena Kapoo yang pernah menjadi box office pada 2015 bakal tampil dengan edisi sekuel selepas tujuh tahun.

Selain Salman, filem ini turut dibintangi Nawazuddin Siddiui dan pelakon kanak-kanak iaitu Harshaali Malhotra.

Memetik laporan Hindustan Times, Harshaali meluahkan rasa teruja apabila dimaklumkan filem itu akan mempunyai sekuel dan bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.

Menurut Harshaali yang memegang watak Munni dalam filem Bajrangi Bhaijaan, dia masih menantikan panggilan telefon daripada Salman Khan untuk mengajaknya melakukan persediaan bagi filem tersebut.

"Saya sangat teruja. Sekarang apa yang saya harapkan adalah Salman hubungi saya dan beritahu perlu buat persediaan untuk filem itu.

"Dan saya akan terus sertainya. Sejak pengumuman dilakukan, ramai orang mula menyebut nama saya di laman sosial.

"Saya masih menunggu untuk ia (penggambaran) bermula tidak lama lagi, dan saya harap turut serta dalam filem itu," katanya.

Baru-baru ini, penulis KV Vijayendra Prasad mengesahkan bahawa dia akan mula menulis skrip untuk filem sekuel Bajrangi Bhaijaan sekitar Mei depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain