suria

Gong Yoo luah hasrat nak berlakon dengan IU

Gong Yoo dan IU teringin bekerjasama dalam satu naskhah drama atau filem sama.

PELAKON terkenal Korea Selatan, Gong Yoo meluahkan hasrat mahu berlakon bersama dengan IU atau nama sebenarnya, Lee Ji-eun satu hari nanti.

Dalam episod terbaharu di saluran YouTube IU iaitu IU's Palette, Gong Yoo, 42, memberikan pujian buat IU yang menunjukkan bakat luar biasa dalam kedua-dua cabang seni yang disertainya iaitu nyanyian dan lakonan.

Menurut pelakon Train To Busan itu, dia cukup tertawan dengan hasil lakonan cemerlang IU, 28, menerusi drama My Mister yang ditayangkan pada tahun 2018.

"Bakat nyanyian dan lakonan kamu sama-sama bergerak seiring dan kamu sangat bagus dalam kedua-duanya.

"Dalam My Mister, ia agak mengejutkan saya sebab awak memang sangat pandai berlakon. Itu merupakan pendapat peribadi saya.

"Saya harap dapat bekerjasama dengan awak dalam drama atau filem yang bagus selepas ini, jika ia bukan melibatkan naskhah bergenre muzik.

IU yang terkesima dengan pujian Gong Yoo terus melahirkan keterujaannya untuk bekerja sekali dengan aktor tersebut.

"Sudah tentu saya nak berlakon sekali bersama awak. Saya harap impian ini akan tercapai satu hari nanti," kata IU. - Allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

IU, Gong Yoo, Kdrama, pelakon Kdrama

Artikel Lain