suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon filem Sivaji: The Boss, Vivek meninggal dunia akibat serangan jantung

Vivek meninggal dunia ketika berusia 60 tahun.

PELAKON dan pelawak Tamil terkenal Vivek dilaporkan meninggal dunia selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital di Chennai pada Sabtu.

Memetik laporan TimesofIndia, pelakon berusia 60 tahun itu disahkan meninggal dunia pada 4.45 pagi, Sabtu akibat sumbatan pada arteri yang menyebabkan serangan jantung.

Menerusi artikel tersebut, dia berada dalam keadaan kritikal sehingga petang Jumaat dan memerlukan sokongan mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) selepas menunjukkan simptom ‘sindrom koronari akut dengan kejutan kardiogenik’.

Dalam pada itu, doktor memaklumkan Vivek pernah mengadu kepada ahli keluarganya mengenai sakit dada sebelum ini.

Susulan itu, pelakon filem Sivaji itu dibawa ke wad kecemasan hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan menjalani rawatan angioplasty.

Sebelum ini, Vivek sudah mengambil suntikan vaksin Covid-19 pada Khamis lalu namun ia bukan menjadi punca kematiannya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain