suria

Peminat teruja! Song Kang, Han So Hee disatukan dalam drama romantik baharu

Dua pelakon popular ini akan disatukan dalam naskah terbaharu berjudul I Know But.

IMPIAN peminat untuk menyaksikan pelakon Song Kang dan Han So Hee disatukan dalam drama tercapai apabila kedua-duanya bersetuju membintangi karya baharu berjudul I Know But.

Menurut laporan Soompi, drama adaptasi daripada webtoon dengan nama sama itu membawa kisah seorang wanita bernama Yoo Na Bi, yang mahu bercinta tapi tidak percayakan cinta.

Manakala hero dalam drama tersebut bernama Park Jae-Uhn yang dilakonkan oleh So Kang merasakan hubungan cinta adalah menyusahkan namun suka mencuba memikat ramai gadis.

Meskipun sangat baik dan ceria namun dia tidak peduli dengan hal orang lain dan bersumpah tak mahu bercinta.

Sehinggalah dia mengenali Yoo Na Bi menyebabkan keinginan untuk bercinta melepasi pendirian awalnya.

Sementara itu, Han So Hee yang membawa watak Yoo Na Bi mengakui bersemangat untuk melakonkan watak tersebut dan menunjukkan sisi lain dalam karier lakonannya.

Meskipun gementar menanti reaksi penonton, Han So berkata dia tidak sabar untuk memulakan penggambaran.

"Saya sangat bersemangat dan tak sabar nak berlakon dalam drama ini... saya akan bekerja keras untuk menunjukkan sisi lain menerusi watak ini.

"Saya suka apabila menerima tawaran ini. Awalnya memang gugup dan rasa terbeban tapi dalam masa sama tak sabar nak mulakan penggambaran bersama orang-orang luar biasa dalam produksi ini," katanya.

Drama ini dijangka akan ditayangkan di saluran JTBC pada Jun depan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain