suria

Enggan hamil kerana takut badan rosak? Dewi Perssik ‘sembur’ netizen buat tuduhan jahat

Dewi Perssik jawab tuduhan netizen mengenai zuriat di Instagram.

EMPAT tahun mendirikan rumah tangga dengan Angga Wijaya, penyanyi dari Indonesia, Dewi Perssik masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.

Sering diajukan soalan mengenai zuriat, ada juga netizen menuduhnya tidak mahu hamil kerana bimbang bentuk badan yang akan berubah.

Tampil menjawab tuduhan tidak berasas itu, Dewi meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir manusia yang suka menjatuhkan hukum dan membuat tuduhan sewenang-wenangnya.

Lebih menyakitkan hati apabila komen tersebut ditulis oleh golongan wanita.

"Betul ke kudrat seorang wanita untuk melahirkan anak sahaja? Jadi kalau wanita itu belum pernah melahirkan (anak), itu bukan wanita ya?

"Memang manusia dilahirkan cuma berkembang biak macam binatang ya? Lebih parah ada yang judge takut badan rosaklah, itu ini (tuduhan) kebanyakan kaum hawa yang sepatutnya membela sesama kita.

"Ada anak itu bukan semudah yang difikirkan, berat bagi yang mengerti... dan anak itu amanah bukan boneka. Padahal zaman dah maju tapi ramai orang yang mindset masih kebelakang," katanya menerusi Instagram.

Perkongsian penyanyi lagu Indah Pada Waktunya ini turut menerima respon positif daripada peminat yang sedang berdepan situasi sama.

"Saya pun penat kerana sering ditanya bila nak hamil... kita sedang usaha, sumpah emosi sebenarnya. Mereka tak tahu kita berkali-kali usaha.

"Sabar ya mami Dewi, orang yang suka judge ni lebih buruk daripada kita," komen pengikut.

SUMBER: Liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain