suria

Setahun simpan rahsia, akhirnya Afgan umum kolaborasi dengan ahli GOT7, Jackson Wang

Afgan tampil dengan single baharu bersama Jackson.

PENYANYI Afgan berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bakal muncul dengan single baharu kolaborasi bersama ahli kumpulan GOT7 iaitu Jackson Wang.

Menurut laporan Kompas, Afgan atau nama sebenar Afgansyah Reza, 31, memaklumkan lagu berjudul M.I.A itu dilancarkan pada Jumaat.

Kata Afgan, projek ini sudah lama dirancang namun terpaksa ditunda pelancarannya kerana pandemik Covid-19.

"Saya memang dah tak sabar untuk berkongsi mengenai ini! Kami telah merahsiakan tentang projek ini terlalu lama.

"Kami dah selesaikan lagu ini sejak setahun lalu, Kemudian pandemik menyerang dunia sehingga terpaksa menunda lagu ini setahun. Jadi sekarang ini adalah masanya!

"Untuk Jackson... satu penghargaan dapat bersama kamu dalam lagu ini! Kamu tahu saya adalah peminat terbesar kamu!" katanya.

Dalam pada itu, Afgan berkata dia tidak sabar menanti reaksi peminat dan berharap single terbaharunya ini menerima sambutan hebat pendengar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain