suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agnez Mo pernah bercinta tiga tahun dengan Deddy Corbuzier, kali pertama patah hati ketika masih belajar

Agnez dan Deddy pernah bercinta selama tiga tahun.

LEBIH terbuka berkongsi mengenai kehidupan peribadi, penyanyi Agnez Mo mendedahkan pengacara dan pelakon Deddy Corbuzier merupakan kekasih pertamanya.

Memetik laporan Liputan6, Agnez ketika menjadi tetamu program bual bicara bersama Deddy memberitahu hubungan cinta mereka terjalin selama hampir tiga tahun.

Malah, penyanyi yang popular dengan lagu Matahari ini turut berkongsi mengenai pengalaman pertama dia dikecewakan oleh seorang penyanyi sebelum mengenali Deddy.

"Pernah la bercinta selama hampir tiga tahun. Saya tak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa sebelum kenal Deddy. Tapi waktu itu, saya rapat dengan seorang penyanyi.

"Ketika itu, saya masih belajar dan tiba-tiba saya dapat tahu lelaki itu sebenarnya sudah mempunyai kekasih lain. Itu kali pertama saya patah hati," kata Agnez.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain