suria

Pelakon kacak 'True Beauty', Cha Eun Woo teringin berlakon watak komedi

Lakonan Cha Eun Woo dipuji.

SELEPAS kejayaan drama siri popular True Beauty, pelakon Cha Eun Woo memberitahu dia mahu membintangi filem atau drama genre komedi dan aksi di masa akan datang.

Memetik laporan Soompi, Cha Eun Woo berkata keinginan itu timbul selepas menerima pujian daripada pelakon Jang Hye Jin dan pengarah produksi Sang Hyup.

Menurut Cha Eun Woo lagi, dia juga mahu mencuba sesuatu yang baharu supaya dapat mengubah tanggapan orang terhadap dirinya yang dikatakan hanya mampu membawa watak lelaki bersikap 'cool' sahaja.

"Jang Hye Jin ada beritahu yang saya ini pandai berjenaka dan seorang yang lucu. Dia kata saya patut cuba untuk genre komedi. Pengarah produksi pula kata saya berlakon aksi juga dengan baik.

"Saya mahu mencuba kedua-dua genre ini suatu hari nanti. Saya nak keluar daripada tanggapan orang yang melihat saya hanya mampu untuk memegang watak lelaki bersikap cool dan nak cuba perkara baru.

"Banyak perkara yang saya belum dapat tunjukkan. Saya fikir kalau saya tunjukkan perlahan-lahan, saya akan berjaya mengubah tanggapan orang. Saya mempunyai keyakinan bahawa saya dapat melakonkan watak yang akan mengubah imej saya," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain